Mobile Legends: Saiyan Reborn Cipta Sejarah, Wakil Malaysia Pertama Menang MPL Musim Kedua

Selepas menewaskan Flash Tyrants dan ‘abang’ mereka, AirAsia Saiyan, nampaknya Saiyan Reborn seolah sudah boleh menghidu kemenangan yang dinantikan mereka selama ini!

Dengan rekod kemenangan 3-2 ke atas EVOS Esports SG. Saiyan Reborn terus menjulang trofi bagi Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim kedua selain membawa pulang wang tunai USD31,000 (RM128,900)!

Perlawanan yang begitu sengit membuatkan 18,000 penonton sangat teruja menanti siapa agaknya yang akan menang dan nyata penantian mereka tak sia-sia! Yang menonton dari rumah, dari tingkat atas, yang duduk di depan pentas dan yang berdiri. Nyata harapan mereka dibawa dari lower bracket hinggalah ke grand final!

Mereka mendahului dengan markah 2-0 tapi mempunyai silap percaturan pada perlawanan tiga dan empat, memberikan seri kepada EVOS Esports SG. Bagaimanapun, mereka berjaya mendominasi kembali pada perlawanan kelima dengan draft yang berlainan sekali gus melayakkan mereka menjadi juara kali ini!

Korang boleh saksikan perlawanan penuh dalam video di bawah:

Kami dari MyGameOn mengucapkan tahniah kepada Saiyan Reborn! Semoga korang lebih konsisten dan memenangi lagi banyak pertandingan di masa akan datang!

Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim kedua bermula Jumaat, 19 Oktober hingga Ahad (21 Oktober) di Paradigm Mall, Main Concourse mengumpulkan lapan pasukan yang berjaya mendapatkan kedudukan terbaik pada musim liga sebelum ini.

Mereka adalah Flash Tyrants, EVOS SG, AirAsia Saiyan, Geek Fam Mystic, Traitor, Bigetron SG, Geek Fam ICON dan Saiyan Reborn. Pasukan ini akan merebut wang tunai terkumpul USD64,000 dan juara pula akan membawa pulang hampir separuh iaitu USD31,000!

RELATED NEWS

+