Mobile Legends: Tiada lagi meta hyper carry?

Kemungkinan meta hyper carry agak sukar dibawa ke dalam Mobile Legends: Bang Bang selepas kemaskini Project NEXT yang dilancarkan baru-baru ini.

Kemaskini menyeluruh itu meletakkan kembali MLBB sebagai permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) yang klasik dengan menitikberatkan pemilihan lane iaitu Gold dan EXP manakala memberi ruang kepada assassin untuk berada di jungle.

Difahamkan, lane Gold kini sesuai untuk marksman dan support manakala Mage pula berada di midlane

EXP lane pula sesuai untuk hero fighter yang memerlukan level 4 secepat mungkin. Bagaimana pula untuk jungler? Dahulunya buff sering diambil oleh hyper carry tapi kini mereka tidak lagi boleh memegang item jungle sekiranya tiada retribution.

Ini memberikan ruang untuk assassin saja yang boleh menggunakan retribution dan mendapatkan buff dengan lebih cepat. Pemegang item jungle pula akan menerima 40% penolakan EXP daripada minions di lane. Ini menunjukkan jungler tugasnya hanya farm monsters di dalam hutan saja. Malah, EXP tambahan diberikan sebanyak 25% jika pengguna item jungler membunuh monsters.

MLBB juga memudahkan kesemua pemain baharu dengan memberikan saranan dalam permainan untuk memilih lane yang betul berdasarkan hero mereka.

Adakah perubahan menyeluruh ini akan membuatkan MLBB menjadi lebih diminati atau kurang digemari? Sama-sama kita nantikan.

Difahamkan, patch besar ini juga akan berkuatkuasa pada musim liga MPL MY/SG Musim Keenam yang sudah memasuki minggu keempat.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+