Mod World Cup FIFA 18 Menampilkan Pemain Chelsea

Untuk menyambut kedatangan World Cup, EA Sports melancarkan update terbaru untuk FIFA 18. Ia membolehkan pemain menikmati sesi permainan baru dengan penambahan kandungan World Cup di Russia dan mod baru, Ultimate Team.

Chelsea mengumpulkan Tiémoué Bakayoko Bakayoko, Olivier Giroud, Alvaro Morata, dan Pedro untuk perlawanan friendly 2v2 yang mana pemain Perancis mengawal home country berdepan Sepanyol.

Boleh nampak dalam video itu yang Alvaro dan Pedro lebih bijak mengawal permainan dengan keserasian mereka dan kelincahan menggunakan controller. Mereka menjaringkan gol pertama dan menyambut kemenangan dengan markah 1-0. 

Sebenarnya seronok menyaksikan pemain profesional bola sepak cuba have fun dengan bermain FIFA antara satu sama lain.

Sumber: weaintgotnohistory

RELATED NEWS

+