Monster Hunter World Percuma Untuk Pelanggan PS+

Pada waktu ini, pelanggan PlayStation Plus (PS+) masih boleh menebus tawaran permainan percuma untuk bulan ini iaitu Shadow of the Colossus dan Sonic Forces. Walaubagaimanapun, satu lagi permainan video hebat kini ditawarkan secara percuma.

Monster Hunter World kini boleh ditebus dan dimuat turun oleh pelanggan PS+. Tawaran ini akan berakhir pada 22 April 2020. Dua judul percuma PS+ di atas masih boleh ditebus sehingga 7 April 2020.

Berita ini agak mengejutkan kerana pihak Capcom sendiri tidak mengeluarkan apa-apa pengumuman tentang tawaran ini. Nampaknya tawaran ini hanya boleh didapati melalui PlayStation Store di negara-negara Asia dan Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Jepun, Hong Kong dan lain-lain.

Bagi anda yang memiliki langganan PS+, ini adalah peluang yang baik untuk mencuba Monster Hunter World. Penulis menggalakkan anda cuba judul ini kerana ia sangat menyeronokkan.

Seperti yang tertera di tajuk permainan video ini, tugasan anda adalah untuk memburu raksasa gergasi. Bahan-bahan yang diperoleh daripada bangkai raksasa-raksasa tersebut boleh dijadikan perisai dan senjata baharu.

Satu aspek Monster Hunter World yang membuatkan ia sebuah pengalaman yang berbaloi ialah mod multi-pemain yang membenarkan anda untuk memburu raksasa bersama tiga orang rakan-rakan.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mencuba salah satu permainan video terhebat yang dilancarkan pada 2018.

Sumber: PlayStation Store

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+