Fuhh, tak berapa lama dikeluarkan, terus dapat fastest shipping title untuk 6 juta unit dalam sejarah Capcom. Ehh game apa tu? Apa lagi kalau bukan Monster Hunter: World!
Selepas memecah rekod 5 juta unit terjual dalam masa tiga hari saja, ya tiga hari, World sekarang sudah hampir untuk menjadi game paling laris yang pernah dihasilkan Capcom.
Monster Hunter: World memaparkan corak permainan memburu raksasa untuk mendapatkan loot bagi mencipta kelengkapan lebih berkuasa. Ia juga boleh dimainkan dalam mod multi-pemain. Sistem grinding antara formula utama yang dimasukkan dalam game ini.
Sumber: Destructoid