Moon adalah satu-satunya pemain Malaysia dalam kejohanan Singapore Major, hujung Mac ini

[KEMASKINI] Sekarang masih menunggu kelayakan China jika IG layak ke SG Major kerana mereka mempunyai dua pemain Malaysia, JT- dan Oli

Kejohanan Singapore Major adalah Major pertama yang akan dijalankan dalam Dota Pro Circuit 2021. 

Oleh itu, kita pastinya akan menyaksikan banyak pasukan hebat bertanding dan salah satunya adalah Fnatic yang mana ia turut diwakili satu-satunya pemain Malaysia dalam kejohanan berkenaan.

Moon atau nama sebenarnya Kam Boon Seng, 26 adalah pemain midlaner bagi Fnatic. 

Boon Seng pernah memenangi kejohanan World E-Sports Legendary League, DOTA Summit 12 dan Dota Pro Circuit 2021: S1 – Southeast Asia Upper Division ketika bersama Fnatic.

Jangan lupa saksikan Fnatic bertanding bermula 27 Mac hingga 4 April ini.

Foto: AFK Gaming

RELATED NEWS

+