MPL: Feekz adalah King of KDA untuk musim kelima, 11.7 purata KDA

Pemain Mobile Legends Malaysia yang juga ahli Geek Fam, Amirul Syafiq Mohd Amir atau Feekz adalah King of KDA untuk musim kelima Liga Profesional Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) seperti yang diumumkan dalam satu video Grand Final liga berkenaan hari ini.

Feekz mendapatkan purata Kill, Death, Assists (KDA) sebanyak 11.7, yang tertinggi dalam liga tersebut. Sementara itu, purata gold setiap minit adalah 865.1 dan serangan setiap minit 4,444.9.

Secara keseluruhannya, beliau mencatatkan 112 mata bunuh, 21 kematian dan 87 bantuan sepanjang liga berlangsung.

Anugerah ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Feekz antara marksman terbaik dalam liga tersebut dan sentiasa membuat play yang hebat dan tersendiri.

RELATED NEWS

+