MPL Indonesia: Bigetron Alpha 2-1 Genflix Aerowolf pada perlawanan pembukaan

Semalam, perlawanan pembukaan MPL Indonesia musim ketujuh dimulakan, menyaksikan Bigetron Alpha menentang Genflix Aerowolf.

BTR lebih mendominasi lantas meraih skor 2-1 ke atas Genflix.

 

PERLAWANAN PERTAMA

Pasukan BTR dilihat mempunyai kelebihan di saat awal permainan pada perlawanan yang pertama dengan rotasi demi rotasi Matt yang menggunakan Chou.

Setiap kali Matt membuat rotasi, boleh dikatakan pasti akan ada pihak lawan yang terbunuh. Akan tetapi kelebihan itu tidak kekal lama apabila tiba minit ke-10. Sewaktu pasukan BTR ingin mengambil Lord, pasukan Aerowolf telah memberikan asakan lalu berjaya membunuh 3 dari ahli pasukan BTR.

Kombo yang ditunjukkan oleh Clay yang menggunakan Luo Yi dan juga Marz sebagai Benedetta sangat berkesan apabila 3 orang ahli pasukan BTR tersebut merusuh ke arah mereka. Meskipun Lord jatuh ke tangan pasukan BTR namun pasukan Aerowolf berjaya menahan serangan Lord tersebut.

Pada minit ke-21, Fredoqt yang menggunakan Tigreal berjaya menangkap Branz yang menggunakan Harley lalu berjaya membunuh beliau. Seterusnya pasukan BTR cuba mengasak pasukan Aerowolf yang sedang mengambil Lord akan tetapi nasib mereka setelah 3 orang ahli pasukan mereka terbunuh. Pasukan Aerowolf berjaya memenangi perlawanan yang pertama.

 

PERLAWANAN KEDUA

Cubaan pasukan Aerowolf pada awal permainan dilihat tidak berhasil apabila tiga mata bunuh diberikan kepada pasukan BTR yang berjaya mempertahankan blue buff mereka. Akan tetapi mereka berjaya mendapatkan kelebihan apabila rotasi dari Rinazmi yang menggunakan Paquito. 

Namun begitu, pasukan BTR sangat berdisplin dalam mengejar kembali jumlah gold yang telah mereka hilang serta mendapatkan turtle pada minit yang ketujuh. Pada minit ke-12 permainan, pasukan Aerowolf berjaya mendapatkan Lord setelah membunuh 2 orang ahli pasukan BTR yang cuba menggangu usaha mereka.

Lord yang menuju ke arah base pasukan BTR dari arah atas berjaya dijatuhkan oleh mereka. Rinazmi yang keseorangan telah dibunuh oleh pasukan BTR berdekatan dengan blue buff mereka, seterusnya Clay juga ditangkap oleh pasukan BTR dan akhirnya Fredoqt & Marz yang cuba melindungi Clay dibunuh secara langsung.  

Pada minit ke-18, pasukan BTR mengambil peluang untuk membunuh Lord setelah mereka menyedari Rinazmi dan juga Clay sedang push di arah atas. Lompatan yang cantik dari Dreams yang menggunakan Silvanna menjaminkan kemenangan pasukan BTR di perlawanan yang kedua.

 

PERLAWANAN KETIGA

Kelebihan menyebelahi pasukan Aerowolf pada minit awal permainan setelah mereka berjaya mendapatkan first blood ke atas Dreams dan juga kembali membunuh beliau di dalam hutan buat kali kedua. Kematian Dreams menyebabkan pasukan Aerowolf dapat mengambil Turtle dengan mudah akan tetapi berjaya dirampas oleh Matt di saat akhir meskipun beliau mati.

Pada minit yang kelima, pasukan Aerowolf berjaya mendapatkan kill demi kill dan telah mengumpul 11 mata skor serta mempunyai 4,500 gold advantage. Namun begitu, pasukan BTR tidak mudah menyerah kalah, mereka berjaya membuat comeback pada minit yang ke-11 setelah ultimate yang cantik dilakukan oleh Dreams berjaya menyekat Rinazmi dari bergerak, mereka berjaya membunuh 2 orang ahli pasukan Aerowolf.

Seterusnya mereka cuba mengambil Lord dan berjaya membunuh dua orang lagi ahli pasukan Aerowolf yang cuba menghalang percubaan mereka. Aksi yang menarik dari Branz menggunakan Blazing Duet pada minit yang terakhir berjaya mendapatkan mereka kemenangan pada perlawanan ketiga.

BTR akan bertarung lagi hari ini ke atas EVOS Legends bermula jam 3 petang ini.

RELATED NEWS

+