MPL Indonesia: Bigetron Alpha bukan lagi nombor satu

Bigetron Alpha mencuri tumpuan apabila merampas takhta Alter Ego yang pada mulanya mendapat win-streak pada peringkat awal liga MPL Indonesia musim ketujuh.

Mereka berjaya menewaskan Alter Ego semalam, sekali gus memegang takhta buat sementara waktu.

Namun, dalam perlawanan ke atas ONIC Esports pada tengahari tadi, mereka kembali bertukar posisi ke tempat kedua. Difahamkan, empat pasukan Indonesia merebut ranking pertama musim liga tersebut. Mereka adalah RRQ Hoshi, EVOS Legends, ONIC dan BTR Alpha.

Justeru, kini Onic Esports kembali mengambil takhta itu buat sementara juga. Ketika artikel ini ditulis, EVOS sedang berada di tempat kedua dengan agregat mata +8. Jika mereka menang ke atas Geek Fam, pastinya mereka akan meraih tempat pertama.

Sementara itu, Geek Fam dan Aura berada di ambang penyingkiran kerana berada di kedudukan tercorot. Aura Fire bagaimanapun tidak mempunyai sinar harapan lagi kerana tidak memenangi satu pun set perlawanan.

RELATED NEWS

+