MPL Indonesia: Celiboy menjelaskan kemenangan mereka ke atas Sang Raja

Kemenangan dengan skor 2-0 terhadap Sang Raja semalam amatlah mengejutkan semua, El Classico yang sudah terjadi di antara mereka dari musim ke-6 itu memihak kepada pasukan Alter Ego kali ini.

Sememangnya pasukan Alter Ego sangat sukar untuk memperolehi kemenangan semenjak MPL Indonesia musim keempat. 

Menurut temubual One Esports terhadap Celiboy, beliau menjelaskan kunci kemenangan mereka terhadap RRQ Hoshi kali ini adalah kerana mereka bermain dengan lebih rapi.

Malah beliau menambah “RRQ masih belum menjumpai gameplay mereka yang tersendiri, lineup pun masih belum mencapai keserasian,”

Selain itu, pasukan RRQ Hoshi telah menukarkan roster mereka berikutan Xinn tidak bermain lagi, Lemon (belum lagi bertanding) dan juga Jamesss yang sudah tidak lagi melatih pasukan tersebut. 

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+