Pasukan profesional Indonesia yang juga juara dunia Mobile Legends: Bang Bang, EVOS Legends terpaksa akur dengan kekalahan awal di playoffs MPL Indonesia Musim Keenam.
Dalam perlawanan pembukaan hari ini, mereka tewas 1-2 ke atas Onic Esports.
MPL Indonesia menyaksikan lapan pasukan bertarung pada hari ini hingga Ahad merebut hadiah terkumpul RM1.2 juta.
Pasukan-pasukan bertanding sudah pun melepasi musim liga yang berlangsung selama lapan minggu. Hanya Geek Fam dan Aura Fire yang gagal layak ke playoffs.
Berita lanjut menyusul..