MPL Indonesia: Kalau Wann kembali bermain, apa pandangan Zeys?

Sebelum ini, Wann ada mengumumkan untuk rehat sebentar dari arena kompetitif disebabkan burnout. Oleh itu, ramai peminat yang agak kecewa namun kekecewaan itu terubat selepas Ferxiic menjadi ganti dan prestasi beliau sangat baik bersama EVOS Legends.

Baru-baru ini ada yang bertanya mengenai perihal Wann, jika pemain veteran itu akan kembali.

Jelas jurulatih, Bjorn Ong atau Zeys, mereka akan menghormati keputusan Wann sama ada untuk bermain posisi lain di EVOS ataupun berpindah pasukan. Menurutnya lagi, Wann adalah pemain yang sangat rapat dengan keluarga EVOS mungkin kerana sudah lama bersama.

Berat membuat keputusan, Zeys sebenarnya lebih berharap jika Wann memilih keputusan kedua.

Tangkap layar ini diambil dalam satu luahan Zeys kepada peminat-peminat yang bertanyakan.

RELATED NEWS

+