MPL Indonesia: Kontrak Rippo dilanjutkan kerana prestasi cemerlang

Kontrak pemain Malaysia, Muhammad Arif Abdul Halim (Rippo) yang bermain untuk skuad Indonesia, Bigetron Alpha kini dilanjutkan.

Dalam satu pengumuman di Instagram, @bigetronesports memutuskan untuk melanjutkan kontrak kerana prestasinya bermain di minggu pertama MPL ID musim ketujuh dan pra-musim adalah memberangsangkan.

Bigetron juga menyifatkan Arif seorang yang positif dan berdisiplin.

“Saya rasa dah ada keserasian dengan Bigetron Alpha dan saya yakin boleh dapatkan lebih banyak kejayaan.

“Mohon doa dan terima kasih atas sokongan Bigetroopers!” katanya.

Rippo sebelum ini bermain dengan begitu baik ke atas EVOS Legends di mana Benedetta dimainkannya berjaya raih skor 9-0 dalam satu perlawanan tersebut.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

RELATED NEWS

+