MPL Indonesia: RRQ Hoshi dan Alter Ego di upper bracket

Dua pasukan profesional Mobile Legends Indonesia, RRQ Hoshi dan Alter Ego berhasil mendapatkan slot upper bracket di playoffs MPL Indonesia musim keenam selepas pertarungan selama lapan minggu yang berakhir semalam.

Pada hari ketiga di minggu terakhir ini, RRQ berjaya menaiki beberapa anak tangga sehingga ke tempat kedua dengan 11 mata agregat. Alter Ego pula kekal cemerlang dengan 11 set kemenangan dan hanya tiga kekalahan. Mereka mengumpulkan 14 mata agregat.

Geek Fam Indonesia dan Aura Fire pula tidak berjaya mara. Masing-masing mendapat mata agregat yang negatif kerana memenangi hanya dua set perlawanan maksimum.

Onic, BTR, Genflix Aerowolf dan EVOS Legends pula akan bermain di lower bracket.

RELATED NEWS

+