MPL Indonesia: RRQ main dengan berdisiplin, kini di tempat ketiga

Walaupun berdepan momentum yang tidak memihak kepada mereka bagi beberapa minggu awal MPL Indonesia, pasukan RRQ Hoshi tetap optimis dan ingin meneruskan rentak cemerlang mereka sebagai juara.

Mengimbas kembali, mereka menang dua set perlawanan sebelum tewas lima berturut-turut untuk tiga minggu. 

Mereka kemudiannya bangkit kembali selepas berjaya mendapatkan lima kemenangan berturut-turut selepas itu.

Tiada rahsia yang pasti tapi disiplin adalah nilai penting yang membantu mereka menang lebih banyak perlawanan. Masuk saja minggu kelima, mereka bermain dengan sabar dan tidak mengambil risiko.

Mengikut statistik, RRQ mempunyai tempoh perlawanan agak lama iaitu 19:52 minit,  bermakna mereka bermain dengan sabar. Mereka juga ada perbezaan antara net worth dan purata GPM. Ini menunjukkan RRQ hanya akan mengakhiri perlawanan jika mereka yakin boleh mendominasi pasukan lawan.

Setakat minggu ketujuh, RRQ Hoshi di tempat ketiga, melepasi rekod dipegang BTR Alpha.

Dengan mata agregat +8, sama seperti Onic, mereka ada peluang untuk merebut tempat kedua itu.

Walaupun begitu, adakah gaya permainan baru ini mampu membuatkan RRQ terus dekat dengan gelaran juara? atau mereka akan kecundang lagi di playoffs?

Saksikan minggu akhir musim liga MPL Indonesia pada Jumaat hingga Ahad ini.

Sumber rujukan: ONEEsports

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+