MPL Indonesia: Sang Raja pantas ‘adapt’ patch baru, 2-0 ke atas Bigetron Alpha

Patch baru yang dilancarkan Moonton baru-baru ini banyak memberi impak kepada barisan pemain untuk menyesuaikan diri dengan meta baru. Angela mula kerap dimasukkan ke dalam perlawanan, mempunyai winning rate sebanyak 60% dan ke atas. Hero ini tampak lebih hebat digunakan sebagai support. 

Sang Raja yang sering kali tersungkur sebelum ini nampak lebih bersedia menyesuaikan diri dan membuat perubahan di dalam permainan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.

PERLAWANAN PERTAMA

Kedua-dua pasukan dilihat bermain sangat pasif di saat awal permainan. Namun begitu apabila tiba saat turtle yang pertama, Branz telah menggunakan Blazing Duet dengan bantuan Renbo yang menggunakan Angela untuk menumbangkan Vynnn seterusnya menghabiskan turtle.

Pada minit ke 8, Branz bermain sangat agresif dengan menggunakan Blazing Duet ke arah Vynn dan juga Alberttt dengan bantuan dari Angela. Walau bagaimanapun, Alberttt berjaya diselamatkan oleh pasukannya. Rippo yang cuba untuk membunuh Albertt tidak berjaya kerana telah dihalang oleh Vynnn. Seterusnya Alberttt berjaya mendapatkan double kill ke atas Rippo dan juga Kyy yang cuba membantu Rippo.

BTR menyangka Sang Raja sudah berhenti memberikan asakan dan ternyata RRQ masih belum puas dan terus maju untuk membunuh Branz yang cuba menyelamatkan dirinya. Lord kemudiannya mudah menjadi santapan Sang Raja tanpa sebarang gangguan.

Pushing bersama Lord digunakan sebaik-baiknya oleh Sang Raja untuk menembusi base pasukan BTR. Pasukan BTR yang kekurangan Core Item tidak dapat mempertahankan serangan itu dan memberikan kemenangan kepada Sang Raja di perlawanan yang pertama.

Bruno yang digunakan Alberttt ternyata memberikan mimpi ngeri buat pasukan BTR, ditambah lagi dengan Crowd Control dari Pyschoo dan juga Skylar untuk melengkapkan lagi dominasi pasukan Sang Raja.

PERLAWANAN KEDUA

Pada minit awal permainan, Sang Raja sudah berjaya mengawal peta berikutan rotasi yang dilakukan Albert sebagai Ling telah membunuh Branz di top lane. Beliau kemudian mengisi nyawa di base dan terus membuat rotasi ke arah turtle. Matt dan Kyy yang telah melihat keadaan itu cuba untuk menganggu Alberttt dan R7, malang sekali buat Matt kerana damage yang dikeluarkan oleh R7 dan Alberttt melebihi kemampuannya.

Sang Raja tidak berhenti untuk terus mendominasi permainan, damage yang dikeluarkan oleh Alberttt dan R7 ternyata menyukarkan keadaan yang dialami pasukan BTR. Selain itu, Duo antara Skylar dan Pyschoo membantu memberikan Crowd Control yang menyebabkan BTR tidak dapat berbuat apa-apa. 

Di minit ke-8, Sang Raja sudah mendahului dengan skor sebanyak 9 manakalah BTR masih dengan 1 kill sahaja. Seterusnya Lord diambil oleh Sang Raja tanpa sebarang gangguan. Peluang itu digunakan oleh RRQ Hoshi untuk menamatkan permainan itu. 

Ternyata Ling yang dimainkan oleh Alberttt berjaya membuatkan Branz tidak duduk senang, Branz dilihat tidak dapat memberikan impak yang besar di dalam perlawanan itu dengan skor 0-4. Sang Raja tidak memberikan peluang kepada Branz untuk farming, mereka meratakan kesemua orange buff dan purple buff.

RELATED NEWS

+