“MPL kali ini lebih berlainan tanpa penonton,” – Fiera Fendi

Bagi hos dan pengacara e-sukan, Fiera Fendi, pengalaman menjadi hos untuk Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Keenam kali ini jelas berbeza berikutan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Jelas duta Team Bosskurr dan Asus ROG Malaysia ini, ketiadaan penonton di depan mata membuatkan beliau perlu menukar cara penyampaian.

“MPL kali ini tanpa penonton jadi memerlukan lebih banyak interaksi dengan kamera seakan-akan seperti ada penonton.

“Ini juga kali pertama saya bekerjasama dengan Kid. Ini kali pertama dia terbabit dalam e-sukan sebab sebelum ini dia lebih kepada permodelan dan berlakon,” kata Fiera.

Namun, Fiera berpendapat kali ini terdapat segmen baru iaitu MPL Quickie yang juga satu program MPL seakan bual bicara santai.

“Sebelum ini, tiada konsep talk show sebegini. Ini pertama kali di MPL MYSG jadi saya harap dapat buat yang terbaik dan menarik penonton untuk menonton segmen baru ini yang diperkenalkan di  Malaysia,” katanya.

Menurut Fiera, beliau akan jadi hos MPL Quickie sepenuhnya bersama Kid dan tetamu jemputan. Katanya, ia berlainan berbanding sebelum ini apabila menjadi hos keseluruhan acara yang diadakan secara offline.

Playoffs MPL MYSG Musim Keenam akan bermula esok hingga Ahad.

Terdapat lapan pasukan Malaysia dan Singapura yang bertanding merebut takhta pasukan terbaik untuk kedua negara ini.

RELATED NEWS

+