MPL: Mal MVP sekali lagi, gunakan meta WanWan dan Harith

Musim liga MPL MY/SG Musim Keenam diteruskan dengan minggu kedua dan kali ini, pemain profesional Red Reborn, Muhammad Akmal Rozali atau Mal sekali lagi menjadi pemain MVP.

Mal menunjukkan jika meta itu berkesan, terus gunakannya dan ia terbukti apabila mereka berjaya tewaskan Bosskurr 2-0 dan EVOS SG 2-1 pada minggu kedua.

 

Perlawanan ke atas Team Bosskurr, 2-0

Sekali lagi Red Reborn menunjukkan meta selesa mereka iaitu gandingan Harith, Akai dan Ceci di midlane sementara Silo pula bermain sebagai Carmilla di top lane. Walaupun draft ini tidak begitu kuat pada early game kerana WanWan tewas dengan Esmeralda, namun semakin lama permainan ini diteruskan, WanWan dengan emblem Jungle ternyata lebih kuat.

Ini ditunjukkan Mal berulang kali apabila berdepan Perisai dan Fakez di bottom lane tapi tak berjaya ditangkap. Apabila Mal berjaya mengumpul stack, dia tak terus menggunakan Crossbow of Tang sebaliknya menunggu sasaran sesuai. Chou yang tak berjaya menangkap Mal membuatkan Red Reborn menang percuma pada game pertama.

Jika dilihat dari segi pemilihan item, Mal akan menyiapkan Corrosion Scythe terlebih dahulu untuk attack speed dan Raptor Machete untuk tambahan damage. Jika diperhatikan dari item late game, Mal siapkan Wind of Nature untuk elak serangan dari Roger jika perlu.

 

Perlawanan ke atas EVOS SG, 2-1

 

Dalam perlawanan ke atas EVOS SG, Mal sekali lagi menggunakan Roger seperti minggu lepas. Dalam perlawanan tersebut, satu pertarungan epik pada awal permainan memberikan mata bunuh yang begitu banyak kepada Red Reborn. Mal mendapat KDA 10-1-5 dan pembunuhan Lord sebanyak dua kali.

Dari segi item pula, Mal berjaya membeli kesemua item dengan pengumpulan gold sebanyak 13,370.

Mal sekali lagi menggunakan meta Red Reborn seperti dalam perlawanan ke atas Bosskurr sebelum ini. Meta itu tiada cara setakat ini untuk counter. Walaupun tewas awal, Mal hanya perlukan Corrosive Scythe dan Demon Hunter Sword untuk mula online. Pada minit akhir selepas mendapatkan Lord, dia berjaya gunakan Crossbow of Tang dan mendapat Maniac dalam perlawanan tersebut.

Red Reborn tak melakukan aoe stun kerana sudah ada Cecillion yang boleh memulakan perlawanan. Walaupun mereka kehilangan Eren dalam teamfight penting, Mal masih ada untuk mengenakan damage yang besar kepada semua pemain EVOS SG.

MPL MYSG S6 | Musim Liga W2 | MVP

Mal Gaming telah berjaya mendapat anugerah sekali lagi untuk minggu ini! 🥳 Kami mempunyai satu lagi kompilasi aksi menarik dari Mal ketika beliau bertarung dalam perlawanannya menentang pihak lawan! 🔥Memang satu prestasi yang baik apabila seseorang berjaya menjadi MVP mingguan, tetapi untuk mendapatkannya selama dua minggu secara berturut-turut memang pencapaian yang mantap 🙌Apakah detik-detik kegemaran anda yang dipersembahkan Mal untuk Minggu ke-2 ini?Jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan Musim Liga untuk Minggu ke-3 bermula 11 – 13 Sept di MPL MYSG! 📺#MPLMYSGS6 #MLBB #MobileLegends #MLBBEsports #MPL #MobileEsports #Malaysia #Singapore #AllorNothing—🌐 Laman web: https://mysg.mpl.mobilelegends.com/📷 IG:https://www.instagram.com/mpl.mysg.official/

Posted by MPL MYSG on Tuesday, September 8, 2020

 

Kedudukan terkini, Red Reborn di tempat pertama

Red Reborn nyata menunjukkan prestasi yang cemerlang apabila memenangi kesemua set perlawanan mereka. Mereka hanya tewas dua perlawanan dan menang lapan lagi perlawanan ke atas empat pasukan setakat ini.

Todak juga tidak kurang hebatnya dengan tiga kemenangan set dan juara musim lalu, Resurgence, tewas satu set.

 

Di halaman kedua, Orange Louvre tewas kesemua tiga set mereka (set pertama kerana masalah Visa). Team Bosskurr pula mendapat agregat -6 kerana tewas kesemua set perlawanan.

MPL Malaysia dan Singapura Musim Keenam berlangsung selama enam minggu untuk musim liga yang disertai 10 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura.

Mereka merebut hadiah wang tunai terkumpul RM417,250.

RELATED NEWS

+