MPL Malaysia: Perlawanan sengit, Red Esports 2-1 Team Bosskurr

Pasukan Red Esports berjaya memperoleh kemenangan mereka selepas menewaskan Team Bosskurr 2-1. Dalam perlawanan sengit ini, Red bermain dengan penuh berdisiplin dan Mal berjaya untuk farm serta mendapatkan kill berkali-kali.

 

PERLAWANAN PERTAMA

Di perlawanan pertama, Rynn sebagai Karrie digunakan dengan baik dan berjaya mematahkan serangan Red yang menggunakan dua tank, Baxia dan Uranus. Pasif Karrie yang sangat berkesan untuk mengurangkan nyawa tank dengan banyak.

Mereka juga menggunakan Pharsa dalam lineup dan Flinnt membawakannya dengan begitu baik.

Rynn mendapatkan damage tertinggi dengan item yang penuh dan pasif yang membunuh.

Gotenn pula menerima MVP kerana keupayaannya untuk mengacau backline pada pertengahan dan akhir perlawanan.

 

PERLAWANAN KEDUA

Di perlawanan kedua pula, Red mengasak Bosskurr dengan begitu teruk, mendapatkan banyak kills untuk Mal. Ash yang bermain Popol dan Kupa juga sangat efisien dengan meletakkan perangkap serta menangkap Uranus banyak kali.

Red kali ini lebih agresif dengan pemilihan Mathilda juga dan mereka ada Alice untuk memulakan teamfight bilamana perlu.

Heri mendapatkan damage tertinggi sebagai Alice yang menyedut nyawa daripada musuh. Walaupun mendapatkan mata bunuh tertinggi, Mal hanya menerima Rich Guy dan bukan The Carry.

Bagaimanapun, jumlah mata bunuh dan gaya permaianan ditunjukkan Mal membuktikan beliau layak mendapatkan MVP pada perlawanan kedua ini.

 

PERLAWANAN KETIGA

Di perlawanan terakhir ini, mereka cuba menggunakan feeder-diggie meta tapi gagal apabila Haru mendapatkan 1 kill. Bagaimanapun, keupayaan Vale mengenakan serangan tinggi dalam teamfight adalah sangat game-changer. Berkali-kali Team Bosskurr terperangkap dalam ulti Vale.

Oleh itu, Ash juga mengenakan damage tertinggi pada perlawanan kedua ini dan Eren yang paling kaya sebagai hyper Esmeralda.

Bagaimanapun, Mal sekali lagi mendapat MVP.

Foto: Red Esports

RELATED NEWS

+