MPL Malaysia: Todak tunjuk dominasi, 2-1 ke atas Orange Esports

Perlawanan antara Orange Esports dan Todak MLBB hari ini dinanti-nanti. Terdapat perubahan pemain iaitu Kuja menggantikan Mali sebagai tank.

Nampaknya Todak dengan roster yang berubah-ubah lineup memberikan sedikit kesukaran untuk Orange menemui jalan penyelesaian untuk menewaskan mereka.

Todak berjaya memenangi perlawanan dengan skor akhir 2-1.

 

PERLAWANAN PERTAMA

Pada perlawanan pertama, Orange mempunyai draft yang agak agresif dengan pemilihan Mathilda, Chou dan Jawhead. Namun, Jaw yang menggunakan emblem Assassin menjadi tanda soal kerana beliau perlu menjadi frontliner untuk OE. Namun, disebabkan ketiadaan barang tank pada awal membuatkan OE sukar untuk catch up dengan corak permainan Todak yang aktif mencari mangsa dengan Selena.

Moon bermain dengan begitu baik sebagai Selena tanpa berbalas kematian. Momo pula menggunakan Brody dengan baik dan berjaya mendapatkan gold minute paling banyak dalam perlawanan ini.

MVP adalah milik Moon sebagai Selena.

 

PERLAWANAN KETIGA

Pada perlawanan penentuan ini, Todak meletakkan Ciku di game ketiga dan menggunakan Brody. Taktik itu berkesan kerana beliau mempunyai gold tertinggi. Biarpun Brody sudah kena nerf, ia masih boleh dimainkan di peringkat profesional.

Ashi juga seperti biasa mengacau lineup Orange dengan penggunaan Hilda. Pada minit akhir, 4meyz memenangkan pertarungan ini dengan menyelamatkan Ciku. Walaupun Orange mendapatkan Lord, mereka kurang berdisiplin lantas menyebabkan kekalahan ini.

Ciku adalah MVP untuk perlawanan kali ini.

Lihat bagaimana Ciku terselamat daripada dijatuhkan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

RELATED NEWS

+