MPL: Pasukan Singapura Kini Lengkap – Siren Esports, Resurgence Dan Notorious Villains

Akhirnya Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia & Singapura Musim Kelima sudah pun menemukan tiga pasukan Singapura yang akan menyertai EVOS Esports SG di musim liga pada 29 Februari ini. 

Pada pusingan kelayakan berlangsung hari ini, Siren Esports menang dalam pertarungan sengit 2-1 ke atas Notorious Villains seterusnya layak mengambil slot pertama ke musim liga.

Resurgence pula mengambil kemenangan mudah ke atas Osiris dengan rekod 2-0.

Di antara penentuan (slot ketiga), NV sekali lagi menunjukkan mereka masih layak berdiri setanding pasukan-pasukan lain. Mereka tewaskan Osiris dengan markah 2-0 sekali gus layak menjadi pasukan terakhir ke musim liga.

Ini adalah lineup penuh pasukan Malaysia dan Singapura ke musim liga MPL MY/SG Musim Kelima:

Notorious Villains (SG) – Kolia, XIAN, Qiann, Hallucinates dan Swan.

Siren Esports (SG) – Ambuste, ABCDE, Babayaga, Azura dan a1a2/

Resurgence (SG) – Kayzeepi, Sana, Jason, Sync dan ly4ly4ly4

Todak (MY) – Moon, Ciku, Eone, Xray, Nenas dan Lychee 

Team Bosskurr (MY) – Rush, 2ez4jepv, Leixia, Zaraki, Syno dan Logan

Axis Esports (MY) – Loong, Meepo, Rynn, Evilx, KaizerX dan Lacid

Geek Fam (MY) – Xorn, Dominus, Rumpel, Ozoraveki, Artz dan Feekz

Makan Cendol (MY) – Raisyaa, Ax, SmoothJAGO, Tacuz dan Artha

Orange Esports (MY) – Mal, Eren, Silo, Mom dan Cakbu

EVOS Esports SG – Soul, OhDeerBambi, JPL, Lun, Fossa dan Pokemon

Seperti musim lalu, liga akan berlangsung selama enam minggu pada Sabtu dan Ahad – pasukan dipilih ke playoffs mengikut ranking yang mana hanya lapan teratas akan dipilih untuk bertanding pada 18 dan 19 April 2020 ini.

Kejohanan ini mengumpulkan hadiah terkumpul RM410,000.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+