MPL: Pemain hyper carry Todak, Ciku masuk wad

Pemain profesional Mobile Legends negara, Danial Fuad atau Ciku dikhabarkan berada di wad kerana masalah kesihatan.

Berita itu diumumkan oleh Pengurus Pembangunan E-Sukan Todak, Radzi “Ikuto” Rahman dalam satu posting di Facebook page beliau.

Dalam posting tersebut, Ikuto turut mengharapkan peminat dan komuniti Mobile Legends sama-sama mendoakan kesihatan pemain hyper carry tersebut agar dapat segera sembuh.

Bagaimanapun dalam posting tersebut, tidak dinyatakan apakah masalah kesihatan yang dialami.

Sebelum ini, Todak ketika bermain di minggu lepas untuk MPL MY/SG Musim Keenam berjaya mendapatkan kemenangan ke atas pasukan Red Reborn dan Geek Fam. Mereka kini di kedudukan pertama carta ranking musim liga setakat minggu ketiga.

Jika masalah kesihatan ini berlanjutan, berkemungkinan Todak perlu mencari pengganti sementara bagi posisi Ciku nanti. Harap semuanya berjalan lancar dan sama-sama kita mendoakan Ciku cepat sembuh!

Foto: Ikuto00

RELATED NEWS

+