MPL: Red Reborn teruskan rentak cemerlang, 2-0 ke atas Divinity

Pasukan tempat ketiga pada musim lalu, Red Reborn meneruskan rentak cemerlang mereka pada hari pertama dengan menewaskan skuad Singapura, Divinity dengan kemenangan 2-0.

Pada minggu pertama,  hari ketiga MPL MY/SG Musim Keenam sebentar tadi, Red Reborn mengalami kesukaran pada game pertama.

Pemilihan draft Divinity yang memfokuskan pada Angela dan Chang’e sememangnya membuatkan Reborn tersentak. Mereka tewas banyak kali dalam teamfight kerana corak permainan Divinity yang lebih agresif. Namun, kesilapan demi kesilapan pada minit akhir membuatkan Mal sebagai Harith mendapat power spike.

Mal juga mendapat MVP pada perlawanan pertama dengan 4,253 catatan damage setiap minit.

  

Bagi statistik lain, Mal juga mengenakan damage tinggi, sebanyak 71,958 tapi Adammir dari Divinity pula meraih 86,362 mata.

Pada perlawanan kedua, Divinity cuba menggunakan meta Diggie dan banyak mage tapi ia tak berjaya dan Eren dengan Esmeralda berjaya meraih lebih lapan kills berbalas kosong kematian.

MPL MY/SG Musim Keenam mengumpulkan 10 pasukan Singapura dan Malaysia bertanding selama enam minggu.

Mereka merebut hadiah wang tunai terkumpul RM417,250.

RELATED NEWS

+