MPL: “Rekod tanpa kalah bukanlah jaminan apa-apa di playoff nanti,” – Ashi (Todak)

“Pasukan Todak akan mengambil kira semua aspek apabila menghadapi Team SMG dan Divinity pada minggu akhir musim liga ini,” itu kata pengurus Todak, Mohd Syazlan Mohd Rosdi atau Ashi ketika ditanya persiapan di minggu akhir musim liga MPL MY/SG Musim Keenam.

“Kami akan cuba untuk mendapatkan cara permainan lebih kemas bagi menyesuaikan diri dengan patch baru ini,” tambah Ashi.

Walaupun selesa dengan rekod 7-0 (tiada kekalahan selama lima minggu musim liga), menurut Ashi, ia bukanlah menjamin apa-apa terutamanya ketika playoff nanti.

“Ia hanyalah pencapaian sementara dan pemain semua diingatkan untuk sentiasa bersedia dan meneliti corak permainan pasukan-pasukan lain.

“Kami perlu mencorakkan lagi gaya permainan sesuai dengan keselesaan pasukan,” kata Ashi.

Ditanya apa persiapan menjelang playoff tak lama lagi, Todak ingin fokus kepada pelbagai pasukan kerana semuanya bakal menjadi saingan sengit.

“Akan tetapi, secara peribadinya, saya rasakan Resurgence akan menjadi saingan paling sengit untuk kesemua peserta di playoff,” katanya.

Setakat minggu kelima, pasukan Todak memenangi kesemua set perlawanan. Satu perlawanan yang agak sengit buat mereka pada minggu lepas apabila menang 2-1 ke atas Resurgence.

Seperti yang disaksikan di atas, Todak mula raih ranking pertama bermula minggu ketiga manakala Resurgence memanjat anak tangga dan kini di tempat kedua.

Bagi pasukan popular, Team Bosskurr menghadapi kesukaran sepanjang musim liga. Selepas kemenangan ke atas Geek Fam, mereka kembali ke tempat kelapan namun kini berada di kedudukan kedua terakhir.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+