MPL: Shopee Bosskurr Kecundang, Tersingkir Di Tangan Notorious Villains

Dalam perlawanan keempat pada playoffs Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY/SG Musim Keempat sebentar tadi, nampaknya Shopee Bosskurr seakan sukar mencari rentak lalu terpaksa mengangkat bendera putih apabila tewas di tangan skuad Singapura, Notorious Villains.

 

Game 1

Pada perlawanan pertama, Perisai yang bermain sebagai Claude gagal membuat kejutan kerana tidak cukup damage sementara Soloz yang bermain sebagai Chang’e pula kurang memberikan impak.

NV bermain dengan baik apabila Esmeralda yang digunakan Fenrir sangat memberikan impak dalam teamfight dan penggunaan Revitalize juga membantu pasukan itu untuk menambahkan shield yang ada. Penggunaan Diggie dan Terizla juga membantu pasukan mereka menambahkan lagi shield apabila ulti Diggie dibuka.

Pada saat-saat akhir, Claude hampir online namun ditangkap kerap kali dan tidak berjaya untuk membuat follow up damage kepada pasukan Singapura itu.

 

Game 2 dan 3

Perlawanan kedua pula menyaksikan NV bermain dengan lineup serupa di mana Kimmy (Fossa) dan Esmeralda (Fenrir) dipilih beserta Terizla (Azura X) manakala Diggie tak dipilih kerana kena ban dan ditukar dengan Minotaur dan akhir sekali, Aldous.

Soloz pula berpeluang menggunakan hero kegemarannya, Gusion dan Valir dipilih untuk menggunakan magis dari jarak jauh.

Kali ini, Shopee Bosskurr menunjukkan disiplin lebih baik menerusi gaya permainan masing-masing. Mereka berhati-hati sebelum teamfight dan hanya pergi apabila Akai boleh initiate. Soloz yang menggunakan Gusion juga membantu untuk finish manakala Valir pula poke dari jauh.

Bagaimanapun, pada perlawanan ketiga, penggunaan Badang dan Lunox oleh Bosskurr seakan tidak memberi impak.

Mereka tewas pada minit ke-13 dan terpaksa mengundur diri dari kejohanan berprestij ini.

—-

Saksikan live perlawanan ini di Facebook rasmi Mobile Legends: Bang Bang.

Liga MPL MY/SG Musim Keempat ini menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM414,000.

RM203,000 pula diberikan sebagai subsidi mingguan, bonus kemenangan dan anugerah prestasi bagi mereka yang layak ke musim liga. RM211,000 baki prizepool pula akan dapat direbut di playoffs yang akan berlangsung di KL LIVE bermula hari ini dan Ahad.

Ia dianjurkan oleh eGG Network dengan kerjasama Moonton.

Foto: eGG Network / MPL MY/SG S4 

RELATED NEWS

+