MPL: Team Bosskurr dalam situasi genting

Pasukan profesional Mobile Legends Malaysia, Team Bosskurr kini berada di kedudukan genting di Liga Profesional MLBB (MPL MY/SG) Musim Keenam selepas tewas enam set perlawanan dah hanya menang satu saja set setakat minggu kelima musim liga.

Dalam perlawanan hari ini, Orange Louvre Esports terus menonjol biarpun perubahan patch besar-besaran ini memberikan sedikit kegusaran kepada mereka. Orange Louvre pada akhirnya berjaya menewaskan Bosskurr 2-0.

Setakat keputusan minggu keempat musim liga, Team Bosskurr di tempat kesembilan dan seperti yang kita tahu, dua pasukan tercorot akan tersingkir dan tidak layak ke playoffs nanti.

Pasukan Singapura, Divinity Esports pula akan mempunyai baki perlawanan minggu ini ke atas Team SMG. 

Kedua-dua Divinity dan Team Bosskurr tinggal seminggu lagi untuk buktikan antara mereka siapa layak di kedudukan kelapan.

RELATED NEWS

+