MPL: Tidak Mengapa Todak..

Dalam pertembungan sengit Grand Final Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Keempat sebentar tadi, wakil Malaysia, Todak tidak kesampaian untuk menjulang trofi MPL buat kali pertama selepas tewas di tangan skuad Singapura, EVOS Esports SG. Tidak mengapa, cuba lagi!

Todak kalah tipis 2-3 dalam kejohanan yang dianjurkan di KL Live, Kuala Lumpur itu lalu membawa pulang wang tunai terkumpul RM50,000. 

Sementara itu, EVOS SG meraih juara dan membawa pulang RM104,662 sekali gus layak ke kejohanan dunia Mobile Legends, M1.

Kejohanan ini mengumpulkan hadiah wang tunai terkumpul RM414,000 dan dianjurkan oleh eGG Network dengan kerjasama Monton.

Artikel berkaitan: Todak dan Axis wakil negara ke kejohanan dunia Mobile Legends, M1

Berita lanjut menyusul..

RELATED NEWS

+