MPL: Todak Bersedia Menghadapi Playoffs Esok

Pasukan Malaysia dengan ranking teratas di musim liga MPL MY/SG Musim Keempat, TODAK Esports sudah bersedia untuk menghadapi playoffs bagi kejohanan itu di KL Live, Kuala Lumpur bermula esok dan Ahad.

Pengurusnya, Mohd Syazlan Mohd Rosdi atau Ashi berkata, EVOS antara pasukan yang perlu diberi perhatian kerana tahap konsisten mereka sepanjang musim liga.

“EVOS SG sememangnya satu pasukan yang cukup mantap dan digeruni, begitu juga dengan pasukan lain. Bagi kami (Todak), setiap skuad mempunyai kelebihan tersendiri,” katanya.

Ashi berkata, berkat doa dan usaha sepanjang musim liga nyata membuahkan hasil apabila mereka meraih ranking tertinggi bagi pasukan Malaysia.

“Alhamdulillah, kami dah cuba yang terbaik bagi memastikan perlawanan setiap minggu dapat diharungi dengan jayanya.

“Bagi memastikan setiap ahli sentiasa ada motivasi, kami cuba selesaikan masalah apa pun yang timbul termasuk masalah peribadi (jika ada),” katanya.

Mengikut ranking, Todak memenangi keseluruhan 7 set perlawanan dan hanya tewas dua set berdepan skuad Singapura, Resurgence dan wakil Malaysia, Xpax X-Assins selama enam minggu dalam musim liga.

Mereka antara pasukan pilihan untuk MPL MY/SG S4 esok kerana memperoleh rentak yang cemerlang malah sering membuat kejutan setiap minggu dengan keserasian antara pemain dan pemilihan hero yang berkesan.

FOTO: MPL / eGG Network

RELATED NEWS

+