MPL: Todak tempat kedua mengikut ranking global oleh ONE Esports

Mengikut portal e-sukan ONE Esports, pasukan profesional tempatan,  Todak berada di tangga kedua bagi ranking global Mobile Legends: Bang. Bang.

Ranking itu dibuat mengikut keputusan terkini Liga Profesional (MPL) bagi empat negara di rantau Asia Tenggara iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura.

Difahamkan, Todak tidak pernah lagi tewas mana-mana pun set ketika peringkat liga manakala Alter Ego (Indonesia) pula konsisten dan cemerlang. Mereka adalah juara musim liga MPL Indonesia selepas lapan minggu berlangsung.

Ranking ini bagaimanapun bukanlah rasmi dan tidak diukur dari kekuatan pasukan sekiranya mereka berentap antara satu sama lain.

Sebagai contoh, Alter Ego di tangga pertama kerana mereka menjuarai musim liga negara mereka dan bukannya peringkat serantau. 

RELATED NEWS

+