MPL: Todak Terus Cemerlang, Layak Ke Semi Final

Selepas mempamerkan prestasi yang menarik pada perlawanan kedua di playoffs Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY & SG Musim Keempat, pasukan Malaysia, Todak kini layak ke semi final apabila menang 2 – 0 ke atas Axis Esports. 

Todak dianggotai oleh Ciku, Eone, Lyche, Moon, Nenas dan Xray.

Sementara itu, pada perlawanan pembukaan hari ini, EVOS SG berjaya menenggelamkan skuad senegara, Resurgence dengan skor 2-0. 

Sebentar tadi juga, Geek Fam berjaya mara ke pusingan lower bracket sepenuhnya apabila memenangi 2 – 0 ke atas Xpax X-Assins.

Saksikan live perlawanan ini di Facebook rasmi Mobile Legends: Bang Bang.

Liga MPL MY/SG Musim Keempat ini menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM414,000.

RM203,000 pula diberikan sebagai subsidi mingguan, bonus kemenangan dan anugerah prestasi bagi mereka yang layak ke musim liga. RM211,000 baki prizepool pula akan dapat direbut di playoffs yang akan berlangsung di KL LIVE bermula hari ini dan Ahad.

Ia dianjurkan oleh eGG Network dengan kerjasama Moonton.

Artikel berkaitan: 8 pasukan bertempur di playoffs

Foto: eGG Network / Laman Web MPL MYSG Season 4

RELATED NEWS

+