MPL: Todak Yakin Dengan Kemampuan Manity Sebagai Jurulatih Baru

Susulan dari pasukan Todak yang kehilangan jurulatih, Muhammad Rifhan Mohd Rizal (Hangus), mereka mengambil keputusan untuk menggantikan posisi itu dengan Manity, seorang pemain yang sudah lama dalam arena League of Legends (LOL).

Pengurus Todak, Mohd Syazlan Mohd Rosdi atau Ashi menganggap ia bukanlah satu masalah sebaliknya kelebihan buat pasukan itu.

“Seperti yang kita tahu, mekanisme asas permainan LOL dan Mobile Legends hampir sama.

“Setelah dibuat penilaian dari masa ke semasa, banyak idea dan strategi yang secara asasnya digunakan untuk LOL dapat diserap ke dalam MLBB dan menjadikan gaya permainan Todak semakin matang,” kata Ashi.

Ketika ditanya kenapa Todak tidak mengubah lineup pemain, kata Ashi, pemain-pemain ini menunjukkan keinginan tinggi dan komited untuk menjadi terbaik.

“Mereka tunjukkan ia bukan hanya hangat-hangat tahi ayam.

“Tahun lepas juga pengalaman pertama mereka beraksi bersama-sama dalam Todak membuktikan sanggup ‘langgar’ apa saja untuk mencapai kejayaan bersama,” kata Ashi.

Pada tahun lepas, Todak mengejutkan komuniti MLBB apabila meraih kedudukan ketiga di kejohanan dunia, M1 dan naib juara di Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Keempat.

Bagi pusingan kelayakan MPL MY/SG Musim Kelima, ia akan bermula pada 7 hingga 9 Februari (Malaysia) diikuti dengan 15 dan 16 Februari untuk warga Singapura. Hanya dua pasukan Malaysia dan satu pasukan Singapura akan layak ke musim liga. 

Tapi selepas menyaksikan kurangnya dua pasukan jemputan terus (asalnya tujuh), berkemungkinan penganjur akan menambahkan bilangan pasukan yang layak dari pusingan kelayakan.

Seperti musim lalu, liga akan berlangsung selama enam minggu pada Sabtu dan Ahad – pasukan dipilih ke playoffs mengikut ranking yang mana hanya lapan teratas akan dipilih untuk bertanding pada 18 dan 19 April ini.

Kejohanan ini mengumpulkan hadiah terkumpul RM410,000.

Setakat ini, 5 pasukan yang dijemput terus adalah:

  • Team Bosskurr
  • Axis Esports
  • Todak
  • EVOS Esports SG
  • Geek Fam

Bagi membuat pendaftaran untuk pusingan kelayakan Malaysia, anda boleh klik pada LINK ini.

RELATED NEWS

+