MPL: Xorn adalah MVP musim kelima, tahniah diucapkan!

Pemain Mobile Legends Malaysia yang juga ahli pasukan Geek Fam, Mohd Zul Hisham Mohd Noor dinobatkan sebagai Most Valuable Player (MVP) untuk musim kelima liga Profesional Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG).

Berdasarkan undian yang dibuat oleh pengulas (20 peratus), pemain-pemain (9.4 peratus) dan peminat (5.2) peratus, Xorn memenangi anugerah tersebut. Bagaimanapun, peratusan lain tidak didedahkan sama ada kerana prestasi atau gaya permainan ditonjolkan.

Pemilihan ini juga tidak mengejutkan kerana Xorn adalah pemain multi-role yang sentiasa menitikberatkan strategi pasukannya. Beliau adalah pemain yang gemar open map dan seorang pengguna emote yang tegar.

Kami dari MyGameOn ingin mengucapkan tahniah kepada Xorn!

Artikel berkaitan: Feekz diangkat sebagai King of KDA

RELATED NEWS

+