MPLI: Alter Ego akan bertemu RRQ Hoshi pada suku akhir, El Clasico sekali lagi!

Naib juara MPL Indonesia, Alter Ego akan sekali lagi berjumpa dengan juara musim keenam itu iaitu RRQ pada Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI) selepas menewaskan Genflix Aerowolf sebentar tadi.

Alter Ego berjaya meraih 2-0 dalam perlawanan terakhir MPLI pada hari ini.

RRQ akan bermain pada minggu depan dan pasukan Malaysia, Todak juga turut bermain. Todak akan bertemu dengan Geek Fam Indonesia.

Senarai penuh pasukan bertanding di MPLI:

Malaysia: Todak dan Orange Louvre Esports.

Indonesia: Alter Ego, Bigetron Alpha, EVOS Legends, Geek Fam ID, Genflix Aerowold, ONIC Esports, RRQ Hoshi (juara MPL ID S6) dan AuraFire. Nampaknya kesemua pasukan MPL ID Musim Keenam dijemput ke MPLI ini.

Myanmar: Burmese Ghouls dan Ronin Esports

Singapura: EVOS SG dan Resurgence.

Filipina: ONIC PH, Omega PH Esports, Execration, Bren Esports, Aura PH dan Blacklist International.

Ia mengumpulkan 20 pasukan terbaik dari Malaysia, Indonesia, Myanmar, Singapura dan Filipina yang mana mereka akan bertanding merebut hadiah terkumpul AS$100,000 (RM415,250).

Ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

Foto: Alter Ego Esports

RELATED NEWS

+