MPLI: Geek Fam ditunjukkan jalan keluar, kembara Malaysia kini tamat

Selepas bertarung dalam pusingan sengit lower bracket di Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPLI) hari ini, nampaknya perjalanan pasukan Malaysia, Geek Fam kini berakhir selepas tewas di tangan pasukan Myanmar, Burmese Ghouls.

Mereka tewas dengan skor 0-2 dalam pusingan kalah mati tersebut.

Semalam, Geek Fam menang ke atas pasukan Indonesia, Genflix Aerowolf dengan skor 2-0.

MPLI mengumpulkan empat negara, Myanmar, Indonesia, Malaysia dan Singapura dengan hadiah terkumpul RM420,000. 

RELATED NEWS

+