MPLI: Geek Fam Indonesia akan bertemu Todak di peringkat suku akhir

Selepas berjaya menewaskan Bigetron Alpha (Indonesia) dan Blacklist International (Filipina), pasukan Geek Fam Indonesia berjaya menempah slot ke suku akhir menentang Todak dalam Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI).

Mereka mendapatkan skor 2-0 dalam perlawanan hari ini. Geek Fam ID akan berlawan semula pada minggu depan.

Sementara itu, pasukan Malaysia, Orange Louvre Esports tidak berjaya mara ke pusingan seterusnya selepas tewas di tangan EVOS SG semalam.

Senarai penuh pasukan bertanding di MPLI:

Malaysia: Todak dan Orange Louvre Esports.

Indonesia: Alter Ego, Bigetron Alpha, EVOS Legends, Geek Fam ID, Genflix Aerowold, ONIC Esports, RRQ Hoshi (juara MPL ID S6) dan AuraFire. Nampaknya kesemua pasukan MPL ID Musim Keenam dijemput ke MPLI ini.

Myanmar: Burmese Ghouls dan Ronin Esports

Singapura: EVOS SG dan Resurgence.

Filipina: ONIC PH, Omega PH Esports, Execration, Bren Esports, Aura PH dan Blacklist International.

Ia mengumpulkan 20 pasukan terbaik dari Malaysia, Indonesia, Myanmar, Singapura dan Filipina yang mana mereka akan bertanding merebut hadiah terkumpul AS$100,000 (RM415,250).

Ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

Foto: ONE Esports

RELATED NEWS

+