MPLI: Ini adalah roster lengkap wakil Malaysia, Todak

Juara Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura musim keenam, Todak mengumumkan roster lengkap mereka yang terdiri daripada pemain baharu bagi menghadapi kejohanan jemputan (MPLI).

Mereka mengekalkan pemain sedia ada, Moon, Ciku, 4Meyz dan Eone. Stoo dan Xray pula digantikan dengan pemain Todak Apprentice, Vins dan Momo.

Pemain Todak untuk MPLI:

  • Idreen Abdul Jamal (Momo)
  • Muhammad Nazreen Nasir (Vins)
  • Muhammad Rizwan Abdullah (Eone)
  • Muhammad Danial Mohd Fuad (Ciku) 
  • Zikry Shamsuddin (Moon)
  • Wan Usman Wan Imran (4Meyz)

Todak dijangka akan berlawan pada hari Sabtu (5 Disember ini) di MPLI. Sebagai juara MPL MYSG, mereka hanya menunggu di pusingan suku akhir dan akan bertembung dengan Geek Fam Indonesia.

MPLI mengumpulkan 20 pasukan terbaik dari Malaysia, Indonesia, Myanmar, Singapura dan Filipina yang mana mereka akan bertanding merebut hadiah terkumpul AS$100,000 (RM415,250).

Foto: Todak

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+