MPLI: Todak pilih Geek Fam ID, Bigetron Alpha, Resurgence dan Blacklist International dalam sesi live draft

Pasukan profesional Mobile Legends Malaysia, Todak memilih pasukan Geek Fam ID & Bigetron Alpha (Indonesia), Resurgence (Singapura) dan Blacklist International (Filipina) bagi menghadapi saringan di Kejohanan Jemputan Liga Profesional MLBB (MPLI) pada 27 November ini.

Dalam format kalah mati best of 3 ini, keempat-empat pasukan itu akan bertarung seperti berikut :

  • Geek Fam ID vs BTR Alpha (perlawanan 1)
  • Resurgence vs Blacklist International (perlawanan 2)

Todak akan menunggu di peringkat suku akhir bagi pemenang antara perlawanan satu dan dua. Manakala pasukan Malaysia lain iaitu Orange Louvre Esports (OLE) akan bertarung dengan EVOS SG.

Senarai penuh pasukan akan bertanding pada 27 November ini:

Malaysia: Todak dan Orange Louvre Esports.

Indonesia: Alter Ego, Bigetron Alpha, EVOS Legends, Geek Fam ID, Genflix Aerowold, ONIC Esports, RRQ Hoshi (juara MPL ID S6) dan AuraFire. Nampaknya kesemua pasukan MPL ID Musim Keenam dijemput ke MPLI ini.

Myanmar: Burmese Ghouls dan Ronin Esports

Singapura: EVOS SG dan Resurgence.

Filipina: ONIC PH, Omega PH Esports, Execration, Bren Esports, Aura PH dan Blacklist International.

Ia mengumpulkan 20 pasukan terbaik dari Malaysia, Indonesia, Myanmar, Singapura dan Filipina yang mana mereka akan bertanding merebut hadiah terkumpul AS$100,000 (RM415,250).

Jadual penuh bracket perlawanan MPLI:

RELATED NEWS

+