Musim 2 Mortal Kombat 11 Pro Kompetition akan bermula pada pertengahan bulan ini

Para peminat e-sukan permainan video pertarungan semestinya gembira menerima berita tentang pengembalian Mortal Kombat 11 Pro Kompetition. Musim kedua kejohanan tersebut dipecahkan kepada tiga kejohanan berbeza mengikut wilayah dan akan berlangsung dari 12 Disember 2020 hingga 6 Jun 2021.

Tiga liga yang akan dipertandingkan dalam kejohanan ini ialah North American League, Interkontinental Kombat, dan Liga Latina. Ketiga-tiga liga akan dimain secara eksklusif di konsol PlayStation 4 (PS4). Jumlah hadiah terkumpul ialah AS$60,000 (RM244,000).

Anda boleh menonton siaran langsung untuk setiap perlawanan di laman Twitch rasmi NetherRealm. Untuk maklumat lanjut dan judual lengkap setiap liga Mortal Kombat 11 Pro Kompetition, anda boleh rujuk laman web rasmi Mortal Kombat 11.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+