Muzik latar rasmi Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 boleh didengar di Spotify

Aspek grafik sahaja tidak cukup membuatkan satu permainan video hebat, audio juga sangat penting. Antara contoh permainan video yang diingati kerana muziknya adalah Tony Hawk’s Pro Skater yang pertama dan sekuelnya.

Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 merupakan versi remake dua judul tersebut dan pembangunnya Vicarious Visions akan mengembalikan kebanyakan muzik yang dimainkan dalam versi asal kedua-duanya. Anda boleh mendengar playlist rasmi muzik latar tersebut di Spotify.

Antara lagu-lagu yang semestinya diingati ramai peminat Tony Hawk’s Pro Skater seperti Superman oleh Goldfinger, Guerilla Radio oleh Rage Against the Machine, dan banyak lagi terkandung dalam playlist.

Tony Hawk’S Pro Skater 1+2 akan dilancarkan pada 4 September 2020 di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+