Naruto: Slugfest Akan Tiba Pada 20 Mac 2020

Antara permainan video mudah alih yang paling dinanti-nantikan tahun ini ialah Naruto: Slugfest. Ia merupakan sebuah MMORPG dunia terbuka dengan grafik 3D berdasarkan siri anime dan manga Naruto Shippuden.

Cubinet Interactive telah mengumumkan bahawa Naruto: Slugfest akan dilancarkan pada 20 Mac 2020 untuk semua negara di Asia Tenggara. Aplikasi untuk permainan video ini boleh mula dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store bermula pada tarikh tersebut.

Dalam Naruto: Slugfest, anda akan bermain sebagai seorang ninja dan bertemu dengan watak-watak dari Naruto Shippuden seperti Naruto, Sasuke, Sakura dan ramai lagi.

Selain daripada mod single player di mana anda menyelesaikan tugasan secara bersendirian, juga terdapat mod PVP 1vs1 sehingga 20vs20. Tugasan-tugasan paling mudah bermula daripada Rank D dan yang paling susah di Rank S.

Berikut adalah spesifikasi yang diperlukan untuk main Naruto: Slugfest:

Untuk peranti Android:

  • Spesifikasi minima: pemproses quad-core, 3GB RAM, Android 4.4 (Kitkat)
  • Spesifikasi dicadangkan: pemproses octa-core, 4GB RAM, Android 6.0.1 (Marshmallow)

Untuk peranti iOS:

  • Spesifikasi minima: iPhone 6s+
  • Spesifikasi dicadangkan: iPhone 8

Setakat ini, terdapat lebih daripada 2 juta pengguna yang telah pra-daftar untuk mendapatkan ganjaran eksklusif dalam Naruto: Slugfest. Tempoh pra-daftar masih terbuka dan anda boleh melakukannya di sini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+