NetEase Akan Melancarkan Dead By Daylight Mobile Pada 16 April Ini

Permainan asimetri Dead By Daylight Mobile akan dilancarkan di Android dan iOS pada 16 April ini. Bagaimanapun, tarikh untuk Asia Tenggara masih belum diumumkan.

Pra-pendaftaran bagi permainan multi-pemain bergenre seram ini boleh dilakukan sekarang di laman web rasmi. Di-portkan daripada PC ke peranti pintar, Dead By Daylight Mobile meminjam elemen seram yang sama di mana seorang pembunuh kejam akan memburu empat manusia dalam kegelapan malam.

Dalam permainan antara kucing dan tikus ini, seorang pemain boleh pilih peranan pembunuh ikonik seperti Michael Myers, Freddy Krueger dan ramai lagi. Yang menariknya, walau sekejam dan sehandal mana pembunuh ini, empat manusia perlu bekerjasama untuk melarikan diri dengan menggunakan langkah kilat (mengelak, lari dan sebagainya) untuk elak tertangkap.

Objektif permainan adalah kekal selamat selama mungkin dan cari jalan keluar bersama.

Di PC, permainan ini sudah dimuat turun lebih 15 juta kali dan membantu syarikat Behaviour Interactive menambah bilangan kakitangannya kepada lebih 600 pekerja. 

Dead By Daylight Mobile akan dioptimumkan untuk peranti pintar dan menawarkan gaya permainan dan mod sama di PC dan konsol dengan butang kawalan khusus bagi skrin sentuh.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+