Twitch."> Twitch." /> Twitch." />

New Game+ Expo 2021 akan berlangsung pada 5 Mac 2021

Acara pembentangan New Game+ Expo kembali lagi dan ia akan berlangsung pada 5 Mac tahun ini. Acara tersebut akan disiarkan secara langsung di Twitch.

New Game+ Expo 2021 akan mengumpulkan beberapa studio pembangunan dan penerbitan permainan video untuk mereka mempamerkan permainan-permainan dan kandungan terbaru. Antara syarikat-syarikat yang terlibat adalah:

  • Aksys Games
  • Arc System Works America
  • GungHo Online Entertainment America
  • Idea Factory International
  • Inti Creates
  • Koei Tecmo America
  • Natsume Inc.
  • NIS America, Inc.
  • Playism
  • PM Studios

Jika anda tidak berkesempatan menonton siaran langsung di Twitch, jangan khuatir. Rakaman video akan dimuat naik ke laman YouTube New Game+ Expo. Mari kita tunggu dan lihat apa yang akan diumumkan di acara tersebut!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+