Nightstream Dilancarkan Di Seluruh Dunia Untuk Android & iOS

Game mobile buatan Malaysia kini telah meluncur masuk ke pasaran antarabangsa.

Nightstream merupakan sebuah game mobile endless runner (larian tanpa had) bertemakan sains fiksyen dibangunkan oleh Streamline Studios yang dilancarkan pada September tahun lepas. 

Dalam game ini, korang akan mengambil peranan sebagai Runners berhadapan dengan syarikat Metronite yang berniat jahat untuk memanipulasi data misteri dipanggil sebagai Nightstream.

Apa yang menarik tentang game ini yang membezakan antara konsep endless runner lain adalah korang boleh pusing dan terapung secara 360 darjah dan kumpul orb atau power-up untuk membantu korang mengelak daripada roket dan drone musuh serta merungkai misteri Nightstream.

Korang boleh main sebagai pelbagai jenis Runner (dari kiri): Asteria, Leto, Roxy, Song Wen, Zara & Leon

Nightstream menampilkan penceritaan unik menggunakan ilustrasi komik dan membolehkan korang memilih pelbagai Runner yang mempunyai kisah tersendiri seperti Zara, Roxy, Leto dan ramai lagi. 

Streamline Studios memberikan penaiktarafan gameplay, karakter bersama kostum baru, mod permainan baru iaitu Story Mode & Nightstream Mode serta korang boleh bersaing dengan rakan-rakan korang untuk menduduki tangga tertinggi dalam carta leaderboard dan sistem ranking untuk versi antarabangsa.

Sejak dari pelancaran, Nightstream telah membolot anugerah SEA Game Awards dalam kategori Best Technology semasa Level Up KL 2018 dan banyak lagi.

Baca lagi: Penerbit dan programmer Nightstream bercakap tentang penjenamaan semula Nightstream, pembangunan gameplay tanpa kawalan joypad dan cabaran untuk seimbangkan permainan.

Dalam review kami, Nightstream menonjolkan game endless runner dilengkapi dengan penceritaan komik asli, permainan mantap dan pantas bersama-sama Runner sambil mendengar runut muzik yang futuristik.

Luncur masuk ke dunia Nightstream di Android dan iOS sekarang. Untuk maklumat lanjut, korang boleh ikuti Facebook rasmi Nightstream di sini.

RELATED NEWS

+