Nightstream Disasarkan 1 Juta Muat Turun

Semalam, Media Prima Labs dan Streamline Games akhirnya melancarkan permainan mudah alih, Nightstream!

CEO Media Prima Digital, Rafiq Razali (dua dari kanan) bersama CEO Streamline Studios, Alexander L. Fernandez (tengah).

Kalau korang biasa dengan permainan Temple Run, Nightstream adalah permainan dengan konsep hampir serupa tapi dengan lebih banyak cabaran! Menariknya, korang boleh memainkan pelbagai karakter dengan skins dan papan luncur mereka yang bukan saja digunakan di permukaan jalan tapi juga dinding dan siling.

Selain itu, setiap karakter ini mempunyai personaliti, motivasi dan tema muzik yang tersendiri jadi setiap satunya berlainan. 

Berbeza dengan permainan lain, Nightstream adalah endless runner yang mempunyai kisah bertemakan buku komik dengan genre sci-fi. Ia menampilkan beberapa pelaripasukan penentang yang perlu melawan kuasa jahat iaitu Metronite Corporation.

Antara elemen lokal di dalamnya ialah Zara, wanita berhijab ditampilkan dalam permainan mudah alih. Bukan hanya Zara, banyak lagi karakter yang mempunyai latar belakang Malaysia akan ditambah!

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali teruja dengan kolaborasi bersama Streamline Games selain menyasarkan 1 juta muat turun untuk permainan ini.

“Mereka adalah pembangun bertaraf AAA dengan rekod yang memberangsangkan dalam membangunkan permainan video. Dengan adanya Streamline Games yang memfokuskan pada pembangunan game, kami boleh gunakan kepakaran kami sebagai syarikat media bersepadu terbesar di Malaysia untuk mempromosikan Nightstream ke pasaran lebih meluas,” – Rafiq Razali

“Nightstream adalah permainan runner generasi seterusnya. Saya tak sabar nak melihat penerimaan rakyat Malaysia terhadap permainan ini. Kami meletakkan sepenuh perhatian untuk mekanisme permainan dan berharap pemain akan menikmatinya,” – Penerbit Bersekutu Nightstream, Izzal Imaani.

Baca lanjut: Review Nightstream Daripada Kami

Sejak dilancarkan pada 15 September lalu, Nightstream dah pun dimuat turun sebanyak 6,000 kali. Nak main? korang dah boleh mula muat turun Nightstream sekarang!

iOS: Klik SINI

Android: Klik SINI

RELATED NEWS

+