Nioh 2 cecah satu juta unit dijual, terima Photo Mode dalam kemaskini terbaru

Kemaskini 1.09 untuk Nioh 2 telah tiba dan ia memperkenalkan beberapa penambahan yang menarik termasuk Photo Mode yang membenarkan anda mengambil gambar untuk dikongsi di media sosial.

Menurut akaun Twitter rasmi Nioh 2, lebih daripada satu juta unit judul tersebut telah dijual di seluruh dunia. Sebagai tanda penghargaan, pembangunnya Team Ninja menghadiahkan semua pemain set perisai Maniki Armor.

Kemaskini terbaru ini juga menambahkan sembilan misi baharu yang dibahagikan kepada lapan sub-missions dan satu Twillight mission. Satu Guardian Spirit baharu juga diperkenalkan iaitu Mizuchi. 

Team Ninja mendedahkan mereka sedang membangunkan tiga kandungan tambahan (DLC) untuk Nioh 2. DLC yang pertama, The Tengu’s Disciple, akan tiba pada 30 Julai 2020. Lagi dua DLC akan diumumkan dalam masa beberapa bulan akan datang.

Sumber: VG24/7, PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+