twit yang mendedahkan kotak art No Man’s Sky yang tertiris (mungkin menunjukkan fungsi multi-pemain yang akan ditambah)."> twit yang mendedahkan kotak art No Man’s Sky yang tertiris (mungkin menunjukkan fungsi multi-pemain yang akan ditambah)." /> twit yang mendedahkan kotak art No Man’s Sky yang tertiris (mungkin menunjukkan fungsi multi-pemain yang akan ditambah)." />

No Man’s Sky Akan Memperkenalkan Fungsi Multiplayer Bermula 24 Julai – Bersama Pelancaran Di Xbox One!

Semalam, penulis mengacah korang dengan twit yang mendedahkan kotak art No Man’s Sky yang tertiris (mungkin menunjukkan fungsi multi-pemain yang akan ditambah).

Tapi kali ini, ia bukan lagi ura-ura tapi adalah kenyataan. Pada 24 Julai, No Man’s Sky akan mengeluarkan update dengan sokongan penuh multi-pemain seiring dengan waktu game ini dilancarkan di Xbox One juga.

Programmer, Sean Murray berkata, update yang dinamakan Next ini menunjukkan peminat memang menyukainya di samping teruja dengan pelancaran di Xbox One. Katanya lagi, mereka sudah membuat playtesting untuk ciri multi-pemain dari enam bulan lepas.

“Sebagai contoh, anda boleh meneroka alam semesta bersama kawan-kawan ataupun terserempak dengan pengembara lain. Anda boleh menolong kawan anda untuk hidup ataupun mengambil kesempatan ke atas yang lain. Tempat perteduhan yang kecil dan koloni yang kompleks dibina oleh anda akan dikongsi juga bersama pemain lain.

“Lawan sebagai lanun atau penyelamat dalam pertarungan angkasa yang epik bersama kawan dan musuh,” Murray juga berkata, akan ada perlumbaan menaiki exocraft di dunia alien dan pemain boleh mencipta trek dan berkongsi dalam talian mengenainya. 

“Ini adalah sokongan padu kami kepada game ini dan akan terus menambah update yang menarik untuk peminat semua. Kami juga sangat teruja untuk membawakan pengalaman menarik ini untuk pemilik konsol Xbox One juga,”

No Man’s Sky dilancarkan di Xbox One akan mempunyai tiga update utama iaitu – Foundation, Pathfinder dan Atlas Rises. Turut disertakan ialah Next, dan beberapa patch kecil bersama.

Update untuk Next akan hadir ke PS4 dan PC pada tarikh yang sama iaitu 24 Julai.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+