ditangguh. Kini sebuah tarikh pelancaran baharu telah diumumkan."> ditangguh. Kini sebuah tarikh pelancaran baharu telah diumumkan." /> ditangguh. Kini sebuah tarikh pelancaran baharu telah diumumkan." />

No Straight Roads akan dilancarkan pada 25 Ogos, demo percuma kini boleh dimain di PC

Pada penghujung bulan Mei, studio pembangunan permainan video tempatan Metronomik mengumumkan bahawa pelancaran permainan video baharu mereka No Straight Roads terpaksa ditangguh. Kini sebuah tarikh pelancaran baharu telah diumumkan.

Studio tersebut telah memuat naik trailer baharu bertajuk BitSummit Gaiden dan ia mendedahkan bahawa No Straight Roads akan dilancarkan pada 25 Ogos ini. Sebuah demo percuma juga boleh dimuat turun di PC melalui Epic Games Store.

Malangnya, demo untuk PlayStation 4 (PS4), Nintendo Switch, dan Xbox One tidak dikeluarkan. Penulis berharap pemain konsol juga akan menerima sebuah demo pada masa depan agar mereka dapat mencuba permainan video menarik ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+