No Straight Roads mengaut keuntungan sehari selepas dilancarkan

Syarikat penerbitan Enad Global 7 telah mengumumkan bahawa permainan buatan Malaysia No Straight Roads sudah mengaut keuntungan sehari selepas dilancarkan.

Permainan tersebut dilancarkan pada 25 Ogos di PC (Epic Games Store), PlayStation 4 (PS4), Xbox One, dan Nintendo Switch. Ia dibangunkan oleh studio tempatan No Straight Roads dan diterbitkan oleh Sold Out.

Ini merupakan satu berita yang sangat membanggakan kerana ia menunjukkan permainan buatan tempatan ini mendapat sambutan yang baik daripada penggemar permainan video dari seluruh dunia.

Jika anda masih belum mencuba No Straight Roads, baca ulasan MyGameOn tentang permainan tersebut di sini.

Sumber: Cision

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+