Nvidia akan mengadakan GeForce Special Event pada 2 September

Nvidia akan mengadakan acara GeForce Special Event pada 2 September pada waktu 12AM (waktu Malaysia). Di acara tersebut mereka akan mempertunjukkan inovasi terbaru Nvidia dalam permainan dan grafik.

Ramai orang membuat spekulasi bahawa ini ialah acara di mana mereka akan mendedahkan siri kad grafik baharu mereka yang akan menggantikan siri RTX 20XX.

Bermula dari semalam, Nvidia memulakan sebuah detik kira yang diberi nama #UltimateCountdown. Ia bertempoh 21 hari dan dipaparkan di laman web rasmi acara GeForce Special Event.

Di laman-laman media sosial Nvidia pula, mereka sedang memuat naik memori dan pencapaian penting dalam sejarah syarikat tersebut dari 1999 sehingga 2019.

Golongan pemain PC semestinya tidak sabar untuk melihat apakah produk atau ciptaan baharu Nvidia yang bakal didedahkan pada hari tersebut.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+