YouTube dan Twitch pada 13 Januari ini pada waktu 1AM (waktu Malaysia)."> YouTube dan Twitch pada 13 Januari ini pada waktu 1AM (waktu Malaysia)." /> YouTube dan Twitch pada 13 Januari ini pada waktu 1AM (waktu Malaysia)." />

Nvidia akan umum produk baharu di GeForce RTX: Game On pada minggu depan

Nvidia telah mengumumkan acara siaran langsung GeForce RTX: Game On. Ia akan disiarkan melalui laman rasmi Nvidia di YouTube dan Twitch pada 13 Januari ini pada waktu 1AM (waktu Malaysia).

Acara ini akan dibentangkan oleh Jeff Fisher, Naib Presiden Kanan GeForce. Menurut laman Twitter Nvidia, acara ini akan mendedahkan inovasi terbaru daripada syarikat tersebut dalam gaming dan juga teknologi grafik.

Penulis yakin ada kemungkinan besar beberapa model baharu kad grafik siri RTX 30 akan didedahkan di acara ini. Setakat ini, model RTX 30 yang telah dilancarkan ialah RTX 3060 Ti, RTX 3070, RTX 3080, dan RTX 3090.

Antara model baharu yang dijangka akan diumumkan tidak lama lagi ialah RTX 3050 dan komputer riba yang menggunakan kad grafik siri RTX 30. Mari kita tunggu dan lihat apa yang akan diumumkan oleh Nvidia.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi Nvidia.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+